Sunday, September 5, 2010

Kesedaran

Sepanjang bulan Ramadhan ini... banyak nikmat yang Allah s.w.t... hidangkan untuk hambanya.... namun semua tidak bermakna jika hambanya yang berpijak didunia ini asyik khayal hidangan duniawi..... namun aku bersyukur aku masih dapat menikmati keindahan ramadhan....  syukur kepadamu ya allah...

Namun keindahan Ramadhan ini asyik dicemari dengan pelbagai berita yang menyedihkan... kehilangan orang tercinta dan kemusnahan harta benda.... aku berharap kepada mereka yang melalui detik kesedihan ini sentiasa diselubungi sabar... kerana Allah itu sedang menguji keimanan hambanya....

Setelah hampir sebulan berpuasa.... perkara yang tidak pernah terputus mengganggu ketenteraman ku adalah bunyi letupan mercun... bunyi letupan mercun yang dibakar oleh kanak-kanak... yang dibeli oleh ibu bapa mereka.... adakah perlu ibu bapa membelikan mercun untuk anak mereka???
tidakkah mereka takut dengan pelbagai malang yang menimpa kanak-kanak yang bermain-mercun... aku sentiasa berfikir... adakah ibu bapa ini saja menghantar malang kepada anak mereka.... atau mereka memang menunggu malang menimpa barulah mereka ini sedar....

Malam ini tiada beza dengan malam-malam yang lain... berdentum-dentam.... bunyi mercun... sinisnya bunyi itu... orang kita sukakan bunyi tersebut.... tapi pernahkah terlintas difikiran mereka... perasaan umat-umat islam di Palastine dan negara-negara bergolak yang lain... mereka takut untuk mendengar bunyi dentuman.. dan sentiasa berlindung daripada bunyi itu...kerana mereka tahu, mereka pasti diserang melalui darat atau udara... di bom bagai nyawa tiada harga oleh para kafir durjana... tetapi di Malaysia... umat islam pula yang bergembira membakar mercun... membuat bunyi bising... semakin kuat bunyinya... mereka semakin bangga... apa yang hendak dibanggakan... ???? bangga kerana berjaya meletupkan bom... bangga mengganggu orang sekeliling... bangga membuat bunyi bising???? bangga mengakibatkan kecacatan kekal kepada anggota badan???? bangga mengakibatkan rumah terbakar????bangga untuk apa???

atau seronok??? seronok membuat bising sehingga mengganggu bayi-bayi yang hendak tidur... ??? seronok mengganggu orang sedang bertarawikh????  apa yang seronoknya??? aku tidak faham.......

Atau Mereka ini teringin negara dihantui bunyi sebegini.... bunyi dentuman bom-bom buatan manusia ini????
sesungguhya akau berlindung dengan mu  Ya Allah..... agar negara ini sentiasa diselubungi aman.

maafkan aku jika penulisan ini agak keterlaluan... ini hanyalah isi hati aku..... pendapat.... segala komen anda amat dihargai