Sunday, September 5, 2010

Kesedaran

Sepanjang bulan Ramadhan ini... banyak nikmat yang Allah s.w.t... hidangkan untuk hambanya.... namun semua tidak bermakna jika hambanya yang berpijak didunia ini asyik khayal hidangan duniawi..... namun aku bersyukur aku masih dapat menikmati keindahan ramadhan....  syukur kepadamu ya allah...

Namun keindahan Ramadhan ini asyik dicemari dengan pelbagai berita yang menyedihkan... kehilangan orang tercinta dan kemusnahan harta benda.... aku berharap kepada mereka yang melalui detik kesedihan ini sentiasa diselubungi sabar... kerana Allah itu sedang menguji keimanan hambanya....

Setelah hampir sebulan berpuasa.... perkara yang tidak pernah terputus mengganggu ketenteraman ku adalah bunyi letupan mercun... bunyi letupan mercun yang dibakar oleh kanak-kanak... yang dibeli oleh ibu bapa mereka.... adakah perlu ibu bapa membelikan mercun untuk anak mereka???
tidakkah mereka takut dengan pelbagai malang yang menimpa kanak-kanak yang bermain-mercun... aku sentiasa berfikir... adakah ibu bapa ini saja menghantar malang kepada anak mereka.... atau mereka memang menunggu malang menimpa barulah mereka ini sedar....

Malam ini tiada beza dengan malam-malam yang lain... berdentum-dentam.... bunyi mercun... sinisnya bunyi itu... orang kita sukakan bunyi tersebut.... tapi pernahkah terlintas difikiran mereka... perasaan umat-umat islam di Palastine dan negara-negara bergolak yang lain... mereka takut untuk mendengar bunyi dentuman.. dan sentiasa berlindung daripada bunyi itu...kerana mereka tahu, mereka pasti diserang melalui darat atau udara... di bom bagai nyawa tiada harga oleh para kafir durjana... tetapi di Malaysia... umat islam pula yang bergembira membakar mercun... membuat bunyi bising... semakin kuat bunyinya... mereka semakin bangga... apa yang hendak dibanggakan... ???? bangga kerana berjaya meletupkan bom... bangga mengganggu orang sekeliling... bangga membuat bunyi bising???? bangga mengakibatkan kecacatan kekal kepada anggota badan???? bangga mengakibatkan rumah terbakar????bangga untuk apa???

atau seronok??? seronok membuat bising sehingga mengganggu bayi-bayi yang hendak tidur... ??? seronok mengganggu orang sedang bertarawikh????  apa yang seronoknya??? aku tidak faham.......

Atau Mereka ini teringin negara dihantui bunyi sebegini.... bunyi dentuman bom-bom buatan manusia ini????
sesungguhya akau berlindung dengan mu  Ya Allah..... agar negara ini sentiasa diselubungi aman.

maafkan aku jika penulisan ini agak keterlaluan... ini hanyalah isi hati aku..... pendapat.... segala komen anda amat dihargai

Saturday, August 28, 2010

Suatu ketika

Setelah berpenat lelah akhirnye berkesempatan juga untuk aku menulis sesuatu hari ini...

Sejak dari malam... aku asyik teringatkan kak ju bercerita tetang zaman sekolah rendahnye.....

kak ju bercerita,... awal persekolah iaitu ditahun satu... dia tidak mempunyai ramai kawan... pada hari pertama persekolahan dia dihantar ke sekolah oleh makciknye... ayah terlalu sibuk bekerja... ibu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga... adik pun masih kecil lagi.... namun Kak ju tidak menitiskan air mata... walau setitik pon.. tidak merungut... tidak memberontak.. tiada rasa takut.... tidak seperti kanak-kanak lain yang ditempatkan dikelas yang sama... iaitu kelas 1 Merah .... ada yang menangis... menjerit "nak balik"... tak nak masuk ke kelas dan macam-macam ragam... Kak ju hanya duduk ditempat yang disediakan dan memerhati jika ada rakan yang dikenalinya.... kosong... tiada... menyendiri lagi...

Kak ju menyambung ceritanya, setelah lama memerhati... akhirnya adalah rakan lelaki sekampung denganya muncul... di kampung mamat tu memang samseng... tapi pada hari itu... menyorok dibelakang ayahnya... apabila terpandang muka Kak ju Barulah dia tersenyum dan cepat-cepat boking seat sebelah.... Kak ju pon tersenyum... "akhirnya ade juga rakan yang dikenali" walaupon... si samseng ni suka membuli Kak ju di kampung.... diteruskan cerita...

Setiap hari ayah akan menghantar Kak ju ke sekolah menaiki motosikal Kawasaki Merah... itu sahajalah kenderaan yang mampu dimiliki oleh keluarganya ketika itu.... Jika hujan basahlah sedikit.. kerana tidak mampu membeli baju hujan... kak ju hanya menyarung badan dengan Plastik... buku-buku di dalam beg pon di bungkus dengan plastik.... kak ju sangat menyayangi bukunye... itu lah harta yang berharga bagi dirinya....

Tiba disekolah ayah akan menghulurkan 5o sen duit belanja... pada ketika itu... 50 sen sudah memadai... namun untuk mengumpul wang... Kak ju membawa bekalan daripada rumah dan sebotol air... duit belanja 50 sen disimpan dalam tabung... sungguh seronok, melihat tabung semakin hari semakin berat....

di sekolah.... Kak ju seorang yang sangat rajin dan tekun... tidak suka bergurau ketika cikgu sedang mengajar... menumpukan perhatian... selalu mendapat pujian..... 


peristiwa tahun satu yang paling tidak boleh dilupakan oleh Kak ju ialah... dia di "tampar kapit" oleh cikgu matematik... kerana dia membantu seorang rakan menjawab soalan tambah.... Kak Ju tahu dia akan didenda jika membantu rakan tersebut... tetapi dek rasa belas dan kasihan kepada rakan yang memang lemah dari segi kesihatan dan pembelajaran Kak ju tetap membantu.... dan rahsia terbongkar.... maka "penampar kapitlah yang hinggap di kedua-dua pipi Kak ju... demi rakan... Namun umur rakan tersebut tidak panjang... pertengahan tahun itu... rakan tersebut menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya... Kak Ju sempat melihat arwah dikafankan dengan keadaan yang tenang dan redha... Kak ju terlalu kecil untuk memahami erti kematian.... kehilangan rakan tersebut amat dirasai... kerana saban hari Kak ju lah yang sentiasa menjaga nya di sekolah daripada menjadi bahan bulian rakan.... kadang-kadang kanak-kanak memang tidak berhati perut dalam membuli dan mengejek rakan.... semoga arwah dicucuri rahmat... amin..

Kak ju meneruskan persekolah tanpa kawan rapat... rehat bersendirian... makan bekalan yang dibawa dari rumah di tepi longkang di belakang kelas... sendiri...

kecemerlangan Kak ju dalam pelajaran memang membanggakan... sentiasa mendapat pujian daripada guru... penat lelah emaknya membantu Kak ju mengulangkaji pelajaran menampakkan hasil....namun ade yang tidak berpuas hati.... sehingga sanggup menipu Kak ju dalam jawapan matematik.... penipuan tersebut mengakibatkan Kak Ju tidak memperoleh markah penuh dalam Matematik... kecewa


Kak Ju kecewa.... bukan kecewa dengan markah yang diperolehi.. tetapi kecewa dengan sikap rakan tersebut.... kecewa apabila kepercayaanya kepada rakan tersebut di kianati..... namun itu semua pengajaran buat Kak ju... jangan mudah mempercayai rakan..... maka Kak ju menyepi lagi... 


begitulah kisah Kak ju ketika di tahun satu.... pahit dan manis zaman persekolahan seorang budak hitam manis, berbaju kurung yang tidak pernah bergosok kerana tiada seterika dirumah.... berkasut putih kerana rajin membasuh dan kapur kasut.... dan rambut sentiasa di ikat kebelakang oleh emak tercinta.... walaupun bersendirian... tetapi sentiasa bersemangat untuk kesekolah kerana suka mendengar pujian daripada guru-guru... 


Menulis mengenai Kak Ju... membuatkan berfikir... aku tidak mahu anak-anak ku... adik-adikku... bersendiri seperti Kak Ju.... namun semangat dan kegigihannya harus di contohi....


Wasalam....




Friday, August 27, 2010

Pembuka Kata.....

Sejak sekian lama aku memendam rasa untuk menulis... akhrinye terlaksana juga .... terlalu banyak perkara yang menjadi penghalang... walaupun aku bukannye sibuk sangat pon.... mungkin disebabkan tiada alasan yang kukuh...


hari ini... aku akan cuba untuk menyimpan rahsiaku di sini... rahsia yang ku pendam... rahsia yang ku memang malas nak cerite kat orang... sebab aku ni memang malas nak bercerite... 


Rahsia ku... emmmm... aku bukan seorang perahsia... cume aku seorang  yang sentiasa tidak mengambil serius dalam banyak hal.... tabiat ini memang menjadi kebimbangan diri aku sendiri... tapi da memang tabiat... susah nak ubah... 


Sikap ini sentiasa menyebabkan aku disalah anggap oleh rakan-rakan, aku di pandang rendah... boss lagi la, tidak memberi kepercayaan penuh kepada aku dalam kerja... padahal aku ni seorang pekerja yang sangat rajin dan berkomitmen... cume itu la... aku sentiasa senyum dalam setiap perkara walaupun serius, kadang-kandang aku siap gelak lagi... member kene marah pon aku gelak.. ... bagi diriku... senyuman dan gelakkan itu sebenarnya untuk meredakan tekanan bukan nak meremehkan masalah atau memandang rendah orang lain... namun tetap disalah ertikan.... 


Aku juge bersifat Straight forward punye orang... tidak faham sindiran.... itu yang menyebabkan aku sentiasa kelihatan Happy Go jek... yang selalu menyindir siapa lagi kalau bukan bos kesayangan ku... pernah boss sound aku dalam mesyuarat.."tunjukkan la anda seorang yang berintergriti dengan memakai teg nama" ... hohooo.. untuk pengetahuan korang... aku tidak pernah memakai teg nama.... dan selepas teguran itu... aku masih tidak memakai teg nama... adakah aku seorang yang degil??? 


Setakat ini dulu coretan yang aku nak share... next time....